Sabtu, 25 Julai 2015 | 12:02am
THE Coffyfactory menghidangkan pelbagai menu kek berasaskan kopi untuk pengunjung. - Foto Amirudin Sahib.
CEF Mohd. Azri Mohamad. - Foto Amirudin Sahib.
ANTARA menu yang tersedia di The Coffyfactory. - Foto Amirudin Sahib.
HIASAN yang terdapat di The Coffyfactory f di Pusat Perdagangan Dana 1, Jalan PJU 1A/46, Petaling Jaya. - Foto Amirudin Sahib.
PROSES penyediaan kopi oleh Cef Aziz Juhari . - Foto Amirudin Sahib.

Coffyfactory mesra pelanggan, jenama tempatan makin digemari


CEF Aziz Juhari menunjukkan proses penyediaan kopi. - Foto Amirudin Sahib.

PENGGEMAR kopi mungkin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada rangkaian jenama kopi luar negara, sebaliknya beralih kepada produk tempatan yang mampu memberi kepuasan.

Namanya belum lagi dikenali ramai tetapi Coffyfactory menyediakan pilihan kepada penggemar minuman itu yang selesa menikmati hidangan dalam suasana santai dan tenang.

Walaupun jenama tempatan, tetapi konsep dan penampilan kafe ini sebenarnya tetap nampak setanding dengan jenama antarabangsa.

Coffyfactory boleh menjadi pilihan kepada penggemar kopi kerana ia diasaskan oleh anak tempatan.

Ia dapat dinikmati ketika penat berjalan-jalan di pusat beli belah atau mereka yang sekadar inginkan makanan ringan tetapi sedap dan lebih santai.

Kafe Coffyfactory adalah cetusan idea Abdul Aziz Juhari dan Rosmas Md Jan yang baru beroperasi hampir setengah tahun.

Menyediakan kopi dikisar segar menggunakan biji kopi Arabica yang diperoleh dari Aceh, Coffyfactory nyata setanding dengan jenama luar negara.

Latte, cappucino, mocca cuma sebahagian daripada menu minuman yang kerap menjadi pilihan pelanggan untuk dinikmati bersama hidangan lain seperti kek, biskut, sandwic dan kuih-muih tempatan.

Rosmas berkata, apa yang menjadi tarikan dan keistimewaan di Coffyfactory adalah kek dan biskut yang dihasilkan sendiri dan menu yang bertukar setiap hari.

"Saya tidak menghasilkan kek untuk tujuan pengeluaran besar-besaran. Sebaliknya menghasilkan untuk satu hari saja. Menunya juga bertukar setiap hari. Jadi, pelanggan ada banyak pilihan dan tidak jemu dengan kek yang sama setiap hari," katanya.


SEBAHAGIAN menu kek yang terdapat di The Coffyfactory, Petaling Jaya. - Foto Amirudin Sahib.

Selain Red Velvet, kek lain yang menjadi pilihan pelanggan adalah Kek Hummingbirds yang masih baru di kalangan rakyat tempatan, Vanillabean, Lemon Blueberry Loaf, Kek Keju Strawberry dan Kek Coklat Belgian.

"Japanese Creampuff adalah hidangan wajib untuk pelanggan tetap Coffyfactory dan saya juga mencadangkan ia untuk pelanggan baru," katanya.

Selain kek, Coffyfactory turut menyediakan sandwich dan pasta yang dihasilkan cuma apabila ditempah pelanggan demi memastikan kualiti terjaga.

Sementara itu, Abdul Aziz ,berkata tujuan memaparkan menu adalah untuk memberi sedikit kelainan dan memudahkan pelanggan membuat pilihan tanpa perlu tergesa-gesa.

"Konsepnya adalah pelanggan masuk dan duduk sambil meneliti menu sebelum membuat pesanan. Kami biarkan mereka mengambil masa untuk memilih.

"Kebanyakan pelanggan kami senang dengan konsep ini dan jika membawa kawan, mereka pula menerangkan menu itu.

"Ini yang kami mahukan, kafe mesra pelanggan - lama dan baru," katanya.


SUASANA santai di The Coffyfactory. - Foto Amirudin Sahib.

INFO

Kafe Coffyfactory

Pemilik: Abdul Aziz Juhari dan Rosmas Md Jan

Lokasi: Pusat Perdagangan Dana 1, Petaling Jaya

Waktu Operasi: 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad (tutup)

Menu: Pelbagai jenis kek berasaskan kopi, sandwich dan aneka minuman kopi

Berita Harian X