Jumaat, 26 Jun 2015 | 10:22am
DATUK Datu Nasrun Datu Mansor. - Foto NSTP

Datu Nasrun, Setiausaha Agung USBO yang baharu

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansor, dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO) yang baharu, berkuat kuasa, 1 Julai ini.

Presiden USBO yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu selaras dengan perubahan dalam USBO yang meminda perlembagaannya baru-baru ini.

Datu Nasrun, seorang peguam dan berbangsa Suluk, menggantikan Baharul Sawi yang dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung dalam penyusunan semula parti berkenaan.

USBO adalah ahli gabungan Barisan Nasional (BN) meminda perlembagaannya baru-baru ini dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menerusi surat bertarikh 27 Mei lalu. - BERNAMA

Berita Harian X