Jumaat, 26 Jun 2015 | 12:08am

Atasi lingkaran gelap bawah mata

SEJAK kebelakangan ini, kulit di bawah mata saya menjadi gelap dan kadangkala sembap seolah-olah kesan menangis. Apakah cara mengatasinya?

Linda Rahman

Kajang, Selangor


BENGKAK dan lingkaran hitam bawah mata adalah masalah yang merisaukan individu.

Bengkak dan lingkaran hitam bawah mata adalah masalah yang merisaukan individu.

Jika ini adalah perubahan tiba-tiba, anda harus berjumpa doktor untuk memeriksa kelenjar tiroid dan kesihatan secara am atau pastikan jika ada apa-apa perubahan dalam ubat-ubatan yang diambil (sesetengah ubat boleh memburukkan keadaan).

Jika tidak berkesan mungkin disebabkan gaya hidup seperti kurang tidur, berada di depan komputer terlalu lama atau merokok.

Antara kaedah rawatan:


PENGGUNAAN krim mata yang mengandungi Vitamin K boleh mengatasi lingkaran gelap bawah mata.

Penggunaan krim

1) Penggunaan krim mata yang mengandungi Vitamin K, disapu dua hingga tiga kali sehari. Krim gred perubatan ini hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor.

Penggunaan gelombang laser

2) Ia membantu mengecutkan bengkak, menambah kolagen dan mengetatkan kulit di bawah mata.

Radio frekuensi yang disalurkan mengeluarkan haba yang boleh mengecutkan lemak dan air serta boleh mengetatkan kulit kendur.

Hasilnya mungkin lambat sedikit jika dibandingkan dengan kaedah laser.


KAEDAH rawatan platelet rich plasma berupaya mengatasi lingkaran gelap bawah mata.

Kaedah rawatan platelet rich plasma (PRP)

3) Membantu memperbaiki keadaan sel yang rosak atau tua dengan menggunakan darah sendiri.

Pembedahan

4) Jika bengkak terlalu besar, pembedahan adalah rawatan paling berkesan untuk mengatasinya.


PEMAKANAN seimbang dapat mengatasi lingkaran gelap bawah mata.

Pemakanan seimbang

5) Makan sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan air yang mencukupi memberi kesan kesihatan keseluruhan mata.

Guna pelembap

6) Sentiasa menggunakan pelembap berasaskan air atau kafein untuk mengelakkan mata kering dan boleh mengecutkan saluran darah di bawah mata.

Kaca mata hitam

7) Pakai kaca mata hitam ada lapisan ultra ungu apabila keluar rumah.

Berita Harian X