Selasa, 16 September 2014 | 3:20pm

Hari Malaysia sentuh perasaan artis

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Malaysia ke-51 hari ini dirasai. Kibaran Jalur Gemilang menjadi manifestasi dan simbolik kepada keamanan yang kita kecapi sehingga kini.

BH Online berkongsi rasa dan perasaan artis tanah air. Ikuti ucapan mereka.

Adeline Tsen

- Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Marilah kita terus bersatu hati untuk menjaga keamanan yang sudah sebati dalam jiwa kita. Buat Malaysia, semoga terus maju jaya.


Nur Fathia Abdul Latiff. - Foto Munira Abdul Ghani

Fathia

- Selamat Hari Malaysia kepada semua dan berbanggalah kita dengan apa yang dikecapi ketika ini. Mari kita sama-sama mempertahankan maruah dan kebanggaan yang ada ini sebagai anak Malaysia selama-lamanya.

Fizo Omar

- Saya ucapkan Selamat Hari Malaysia pada semua. Semoga kita lebih menghargai jasa pemimpin yang sebelum ini membawa kita hingga ke tahap sekarang. Sematkan rasa cinta pada negara dengan masing-masing memainkan peranan demi memajukan negara tercinta #salutemalaysia

Nazim Othman

- Teruskan bersatu hati demi keamanan dan kemajuan negara tercinta. Selamat Hari Malaysia.

Sharifah Sakinah

- Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Biar pelbagai bangsa dan kaum, kita tetap menghormati sesama sendiri. Kekalkan semangat keharmonian itu. Selamat Hari Malaysia.

Jaclyn Victor

- Sama-samalah kita mengingatkan diri untuk terus sama-sama bersatu seperti sedia ada. Kita satu Malaysia. 'Love, peace dan respect'

Jihan Muse

- Selamat Hari Malaysia buat negaraku yang tercinta. Semoga kemakmuran dan keamanan yang kita ada ini terus dipertahankan.

Winnie K

- Selamat sejahtera semua. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang disayangi. Semoga negara kita aka terus mempertahankan keamanan, kemakmuran dan kemajuan lagi pada masa hadapan. Biar pelbagai bangsa dan kaum, saya gembira kita terus sentiasa bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain.

Zulin Aziz

- Selamat Hari Malaysia. Semoga terus aman, makmur dan berjaya dalam mencapai misi yang diingini. Malaysia... di sini lahirnya cinta.

Zara Zya

- Walau di mana kita berada, ingatlah negara kita sendiri tetap yang terbaik. Semoga Malaysia terus aman sampai bila-bila. Insya-Allah.

Izreen Azminda

- Keamanan yang kita raih dan kecapi ini menjadi kunci kepada kesatuan masyarakat kita. Semoga kita terus erat menjaganya demi kebaikan bersama.

Berita Harian X