Selasa, 16 Jun 2015 | 12:04am
PEMILIK jenama Nizatan, Niza Tan Aminuddin. - Foto Hasriyasyah Sabudin
FESYEN hijab Nizatan semasa pelancaran di Flora Terrace Ampang. - Foto Hasriyasyah Sabudin
REKAAN Nizatan mengutamakan kualiti menerusi potongan kemas serta mudah dipakai. - Foto Hasriyasyah Sabudin
HIMPUNAN rona segar memberikan kelainan imej pada rekaan Nizatan. - Foto Hasriyasyah Sabudin
NIZA Tan Aminuddin (duduk) bersama peraga fesyen hijab Nizatan. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Gaya hijab tidak semestinya konservatif


ANTARA koleksi tudung Nizatan.

TUDUNG yang selesa dipakai dan tampak cantik mengikut bentuk wajah serta bermain dengan corak dan rona segar, sering mendapat perhatian wanita Muslimah hari ini.

Namun, dalam keghairahan mencari tudung sebagai pelengkap gaya, ia perlulah mematuhi syariat pemakaian mengikut Islam.

Seiring dengan percambahan permintaan fesyen Muslimah terkini, satu lagi jenama tudung mula menjenguk pasaran tempatan.

Memberikan interpretasi gaya hijab sempurna, koleksi Nizatan diilhamkan dan ia mengetengahkan rekaan sederhana, namun mengandungi elemen eksklusif kerana didatangkan dalam bilangan terhad.

Pilihan unik

Pemilik jenama itu, Niza Tan Aminuddin, berkata koleksi tudung Nizatan membariskan himpunan rekaan bukan saja bergaya tetapi menutup aurat dan praktikal.

Niza berkata, koleksi diketengahkan memberikan pilihan unik, sekali gus membuktikan berhijab tidak semestinya konservatif. Beliau menampilkan 12 pilihan koleksi dengan mainan warna berlainan.

"Koleksi Raya 2015 yang terkini, lebih ceria dengan pilihan rona dan cetakan yang pelbagai, di samping perincian manik berkualiti tinggi. Saya ingin terus menghasilkan rekaan tudung lebih eksklusif untuk membentuk keperibadian wanita moden anggun," katanya.

   Memberikan rekaan hijab daripada variasi potongan seperti sarung dan selendang sedia pakai dalam pelbagai gaya, jenama itu turut mengutamakan kualiti menerusi potongan kemas serta mudah dipakai.

Himpunan rona ceria seperti biru dan merah jambu dengan penggunaan fabrik lembut seperti sifon menambahkan lagi aura feminin pada gaya harian.

Selain itu, perincian seperti renda dan padanan manik menambahkan lagi pesona pada imej koleksi Raya 2015 jenama itu.

Berita Harian X