Khamis, 11 September 2014 | 7:01pm

AllianceDBS, RHB unjur KDNK 5.8 peratus

KUALA LUMPUR: AllianceDBS Research dan RHB Research Institute mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 5.8 peratus tahun ini walaupun pertumbuhan separuh kedua agak lemah.

Alliance mengekalkan unjuran KDNK seluruh tahun ini pada 5.8 peratus, sambil menyatakan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) dan data perdagangan lemah pada Julai membayangkan permulaan lemah bagi separuh kedua tahun ini.

Pertumbuhan KDNK bagi separuh kedua dijangka menurun pada sekitar 5.5 peratus daripada 6.3 peratus dicatat pada separuh pertama.

"Pada masa depan, kami menjangka pertumbuhan IPP akan terus menghadapi tekanan daripada permintaan luar.

"Walaupun prestasi indeks pengurus pembelian global pada Ogos meningkat kepada 52.6 daripada 52.4 pada bulan sebelumnya, kami bimbang dengan prestasi ekonomi yang tidak menentu dalam kalangan negara maju," kata firma penyelidikan itu.

RHB Research mengunjur perbelanjaan pengguna bertahan dan pelaburan swasta kekal kukuh pada separuh kedua di tengah-tengah peningkatan tekanan harga.

Ia berkata KDNK sebenar dijangka berkembang pada kadar lebih cepat iaitu 5.8 peratus tahun ini berbanding 4.7 peratus pada 2013. - BERNAMA

Berita Harian X