Selasa, 12 Mei 2015 | 9:29pm

Hazard menang lagi anugerah pemain terbaik

PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard. - Foto AFP
PEMAIN tengah Chelsea, Eden Hazard. - Foto AFP

LONDON: Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard diundi selaku Pemain Terbaik 2015 oleh Persatuan Penulis-penulis Bola Sepak England.

Ini adalah gelaran kedua yang sama diterima olehnya daripada Persatuan Pemain Profesional, seminggu lalu.

Pemain antarabangsa Belgium itu yang menyertai Chelsea dari Lille dengan nilai perpindahan STG32 juta (RM182 juta) mendapat undian terbanyak 53 peratus daripada lebih 300 wartawan.

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane adalah pemenang kedua manakala kapten Chelsea, John Terry, ketiga. - AFP

Berita Harian X