Ahad, 7 September 2014 | 9:58pm

Hamilton kembali buru gelaran selepas juarai GP Itali

MONZA: Lewis Hamilton mengubah permulaan hambar kepada satu kejayaan dramatik untuk menjuarai Grand Prix Itali di sini, hari ini dan mengatasi rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg.

Kejayaan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) itu menyaksikan pemandu dari Britain itu mengurang jurang pendahuluan dari 29 mata kepada 22 sahaja dengan baki enam perlumbaan.

Hamilton menyudahkan perlumbaan 3.1 saat di hadapan Rosberg manakala pemandu Williams dari Brazil, Felipe Massa mendapat tempat ketiga - 25 saat di belakang Hamilton.

Ini adalah kemenangan keenam untuk Hamilton, tahun ini dan kedua di Monza serta kemenangan ke-28 dalam kerjayanya.

Dia kini hanya memerlukan tiga lagi kemenangan untuk menyamai rekod British milik Nigel Mansell dalam GP. -AFP

Berita Harian X