Ahad, 5 April 2015 | 8:00am
DARI kiri; Black, Hazama, Akim dan Azlan sesi latihan untuk persembahan pada malam ABPBH 2014 di Genting Highlands. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Bintang Paling Popular, ABPBH 2014 adalah... ?


SUASANA sekitar pentas pada sisi latihan terakhir sebelum bermula malam kemuncak ABPBH 2014 di Arena of Star di Genting Highlands. - Foto Nur Adibah Ahmad Izham

KUALA LUMPUR: Malam ini (Ahad) bakal terjawab siapa yang bakal membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014.

Selain itu 15 kategori dipertandingkan serta 6 kategori online juga pastinya akan didedahkan keputusannya malam nanti.

Bahang kehangatan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2014 yang juga edisi ke-28 kian terasa.

Lebih bermakna anugerah kebanggaan akhbar kompak BH itu akan kembali berlangsung di lokasi yang sudah sinonim dengan acara berkenaan iaitu di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Selepas ABPBH 2012 dan 2013 masing-masing diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), acara yang dinanti-nantikan ramai itu kembali ke kedinginan kota keriangan berkenaan di Arena Of Stars.

Bererti lokasi berkenaan akan kembali menyaksikan sejarah yang bakal tercipta malam nanti. Keputusan ABPBH 2014 turut dipancarkan secara langsung dari TV3 dan boleh didengari di frekuensi radio Hot FM.

Melihat kepada persaingan tahun ini sukar sebenarnya mahu diramal siapa yang bakal menggenggam trofi utama yang menjadi rebutan ramai. Berbanding tahun sebelumnya, beberapa nama dilihat dominan dan diramal mampu memberikan persaingan merebut trofi berkenaan.

Tetapi tahun ini sukar sebenarnya mahu meneka siapa yang akan naik pentas menerima trofi pujaan ramai itu. Secara tak langsung, situasi ini terus membuatkan ramai berteka-teki dan memberikan kejutan tersendiri. Elemen kejutan sentiasa akan ada di ABPBH.


SUASANA sekitar pentas pada sisi latihan terakhir sebelum bermula malam kemuncak ABPBH 2014 di Arena of Star di Genting Highlands. - Foto Nur Adibah Ahmad Izham

Di sebalik semua itu, ada kemungkinan melihat sama ada Ayda Jebat atau Zul Ariffin yang mencipta fenomena menerusi drama Rindu Awak 200 % yang bersiaran di TV3 akan memberi saingan untuk trofi tumpuan berdasarkan kegilaan peminat terhadap gandingan mereka itu.

Hakikatnya ABPBH bertunjangkan undian peminat. Lalu kuasa mutlak peminat terus menjadi relevan kepada kebangkitan dan keampuhan artis bertanding di acara kebanggaan akhbar BH ini. Itu satu fakta yang tak boleh dinafikan lagi.

Ayda dan Zul sebelum ini turut cemerlang di Anugerah Meletop ERA. Cuma Ayda gagal memenangi sebarang kategori di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur berbanding Zul yang menang kategori Pelakon Lelaki Drama Pilihan

Mampukah ABPBH 2014 kali ini menyaksikan kembali dua Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam atau Aaron Aziz mengulangi kejayaan mereka buat julung kalinya. Shaheizy Sam pernah menang ABPBH 2010 dan 2012 manakala Aaron pada ABPBH 2011 dan 2013.

Kejutan pastinya akan terjadi kerana beberapa jam saja lagi apa saja kemungkinan keputusan boleh terjadi. Calon lain mempunyai potensi untuk memberikan kejutan. Siapa tahu kebarangkalian untuk Neelofa, Dayang Nurfaizah, Sharnaaz Ahmad contohnya akan memberi saingat mengejut.


SUASANA sekitar pentas pada sisi latihan terakhir sebelum bermula malam kemuncak ABPBH 2014 di Arena of Star di Genting Highlands. - Foto Nur Adibah Ahmad Izham

Begitu juga dengan Zizan Razak yang pernah dianggap akan merebut trofi utama ini tetapi nasib belum menyebelahinya lagi. Siapa tahu rezeki akan menyebelahi Zizan pula. Namun melihat kepada siri kontroversi yang dilaluinya, Zizan berdepan laluan sukar untuk menang.

Untuk ABPBH 2014, Zizan dicalonkan untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan kategori online Artis Lelaki Paling Stailo. Di Anugerah Meletop ERA, zizan turut menerima banyak pencalonan tapi gagal membawa pulang sebarang trofi.

Siapa agaknya ramalan anda?


DATUK Siti Nurhaliza (tengah) bersama Dayang Nurfaizah (kanan) ketika mengadakan latihan sempena ABPBH 2014 di Arena of Star di Genting Highlands. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Calon top 5 kategori dipertandingkan

Artis Baharu Lelaki Popular

1. Hafreez Adam

2. Hisyam Hamid

3. Nazrief Nazri

4. Syukri Yahaya

5. Syarul Ridzwan

Artis Baharu Wanita Popular

1. Aisyah Aziz

2. Amyra Rosli

3. Ayda Jebat

4. Indah Ruhaila

5. Puteri Balqis

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AG

2. Awal Ashaari

3. Datuk AC Mizal

4. Datuk Aznil Nawawi

5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Fara Fauzana

2. Heliza Helmi

3. Jihan Muse

4. Neelofa

5. Scha Alyahya

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat Amdan

2. Akim

3. Asfan

4. Hafiz

5. Hazama

Penyanyi Wanita Popular

1. Adira

2. Alyah

3. Dayang Nurfaizah

4. Fynn Jamal

5. Stacy

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. 6ixth Sense

2. Akim & The Magistrate

3. Azhael

4. Black & RJ

5. Hijjaz

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz

2. Adi Putra

3. Amar Baharin

4. Shah Iskandar

5. Sharnaaz Ahmad

Pelakon TV Wanita Popular

1. Atikah Suhaime

2. Ayda Jebat

3. Emma Maembong

4. Nad Zainal

5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz

2. Adi Putra

3. Shaheizy Sam

4. Zizan Razak

5. Zul Arifin

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Atikah Suhaime

2. Cristina Suzanne

3. Neelofa

4. Sara Ali

5. Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Abam

2. Achey

3. Jep Sepahtu

4. Shuib Sepahtu

5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Didie Alias

2. Dottie

3. Enot

4. Ifa Raziah

5. Jihan Muse

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag (Hott fm)

2. Deen (Hot fm)

3. Ebby Halim (Klasik fm)

4. Johan (Era fm)

5. Salih Yaccob (Sinar fm)

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana (Sinar fm)

2. Adibah Noor ( Suria fm)

3. Anisma Azwati Ahmad (Klasik fm)

4. Dina Nadzir (Era fm)

5. Fara Fauzana (Hot fm)

Berikut adalah kategori finalis online:

Personaliti Popular

1. Bossned

2. Faiz Dickie

3. Felicia Yeap

4. Mat Lutfi

5. Wak Doyok

Artis Paling Kontroversi

1. Hanez Suraya

2. Nabila Huda

3. Nora Danish

4. Rozita Che Wan

5. Sharnaaz Ahmad

Pasangan Selebriti Romantis

1. Awal Ashaari dan Scha Alyahya

2. Johan dan Ozzlyn

3. Lisa Surihani dan Yusry

4. Mizz Nina dan Noh Salleh

5. Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Artis Lelaki Paling Stailo

1. Keith Foo

2. Nazim Othman

3. Shukri Yahaya

4. Zizan Razak

5 Zul Arrifin

Artis Wanita Stailo

1. Datuk Siti Nurhaliza

2. Emma Maembong

3. Fazura

4. Neelofa

5. Nora Danish

Berita Harian X