Rabu, 1 April 2015 | 7:43pm

Advertorial: Segala-galanya ada di Hong Kong

Status Hong Kong sebagai Kota Dunia Asia menjadikannya destinasi percutian popular dari timur dan barat, kota lama dan baru. Ia menyajikan pemandangan yang menakjubkan dan pilihan makanan yang enak, sekali gus menawarkan kenangan percutian yang tidak dapat dilupakan. Kini, Hong Kong memahat namanya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di rantau ini sebagai pusat pelayaran baharu di Asia.

pemandangn mempersona

Dilengkapi dua kemudahan terminal pelayaran - Terminal Lautan dan Terminal Kai Tak yang baharu saja dibuka, selain Pelabuhan Victoria yang menampilkan pemandangan amat mempersonakan, Hong Kong bersedia memberikan kepada pelancong satu perjalanan yang bakal membuka mata dan menyelami keajaibannya.

Kemudahan pelayaran mewah, SuperStar Virgo merangkumi pelbagai kedai makanan dan minuman, mampu memenuhi citarasa penumpang. Penumpang juga boleh menikmati kemudahan seperti kolam renang dan gelongsor air mega, selain jakuzi, teater, karaoke, pusat permainan video, gimnasium, salon kecantikan dan banyak lagi.

Anda juga boleh melompat di Kolam Parthenon untuk membuat percikan air dengan gelongsor sepanjang 100 meter. Pelayaran ini juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, Charlie's Childcare Centre apabila kanak-kanak boleh menyertai parti bertema, pertandingan mewarna dan kelas membuat hiasan biskut.

Aktiviti menarik di Hong Kong

Lawatan harian ke Hong Kong

Alami lawatan sehari untuk menikmati kepelbagaian yang menakjubkan,daripada hutan pencakar langit hinggalah hutan sebenar. Pelancongan seperti ini membolehkan anda melihat bandar daripada sudut yang berbeza, membongkar kisah sebenar Hong Kong apabila anda tidak pernah bermimpi wujudnya kota secantik Hong Kong dan terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Taman Air Hong Kong dan Shark Mystique

Membongkar rahsia keluarga jerung di Shark Mystique, perjalanan jauh ke dasar kolam untuk melihat ratusan jerung dan kehidupannya, termasuk ikan todak hiu dan yu zebra seperti harimau, berbintik di seluruh badan! Terokai kecantikan ikan-ikan ini daripada sudut 360 darjah pada pameran ini, sambil belajar fakta menyeronokkan, seterusnya menguji pengetahuan anda menerusi permainan interaktif bersama rakan!

Sebelum beredar, sertai selebriti kegemaran untuk kempen berhenti makan sirip ikan yu. Tindakan anda mampu menyelamatkan hidupan dan laut kita!

Disneyland Hong Kong - Masakan Halal di Tahitian Terrace

Nikmati hidangan makanan segera di sebuah anjung terbuka atau landskap lushly yang dipenuhi haiwan jinak. Sambil menikmati makanan lazat dikelilingi orang tersayang, anda akan dibawa ke satu kawasan yang tenang dan muhibah seolah-olah sedang menikmati cahaya matahari.

Tercari-cari hidangan klasik India? Cuba kombo lentil hitam dengan kentang dan kacang kari hijau atau kombo lentil kuning dengan ayam kari. Lautan masakan Asia Selatan menanti anda, termasuk pilihan seperti stik ayam serai, kari ayam Thai dengan daging rendang dan sup mi Singapura di Tahitian Terrace. Semua produk daging di Tahitian Terrace disahkan halal oleh Pemegang Amanah Kumpulan Dana Komuniti Islam Hong Kong.

NP360 kabin kristal

Ngong Ping 360 (NP360) adalah batu loncatan yang sesuai untuk meneroka Pulau Lantau. Perjalanan anda bermula dengan 25 minit menaiki kereta kabel dari Tung Chung. Cubalah menaiki kabin kristal yang menakjubkan. Bahagian bawahnya yang berkaca menawarkan pemandangan mata burung yang menakjubkan, kebiruan air laut dan kehijauan gunung yang subur di bawah kaki anda.

Apabila melangkah keluar dari kereta kabel, anda akan disambut dengan budaya yang bertemakan 1.5 hektar Ngong Ping Village, apabila pelbagai kedai dan restoran di Ngong Ping Village menawarkan pilihan beli-belah dan restoran, memberikan pengalaman menyeronokkan. Jangan lepaskan pengalaman berjalan dengan persembahan multimedia Buddha.

The Peak

Kemuncak tertinggi di Hong Kong adalah kejiranan paling eksklusif di bandar ini sejak zaman penjajah, udaranya yang lebih sejuk menarik perhatian orang kaya dan terkenal. Ketika era kemunculan pendingin hawa, pemandangan di sini sangat mempersonakan, sekali gus menggamit kehadiran ramai orang kaya.

Terdapat menara tinjau yang dikenali sebagai Sky Terrace 428, selain kedai runcit dan restoran ada di sini. Terletak berhampiran ialah The Peak Galleria yang mempunyai dek pemerhatian bebas masuk, terdapat juga pusat beli-belah dan restoran. Lebih banyak tempat menarik yang memukau pandangan seperti di Lugard Road Lookout dan Lions View Point Pavilion. Untuk lebih santai, berjalan lebih tiga kilometer mengelilingi Peak Circle Walk.

Pusat beli-belah berorientasikan keluarga

- Harbour City

Harbour City, bersebelahan dengan jeti Star Ferry di Tsim Sha Tsui. Ia mempunyai banyak barangan permainan kanak-kanak. Pergi ke zon kanak-kanak apabila terdapat banyak kedai menjual pakaian kanak-kanak dan alat permainan.

Begitu juga Toys "R" Us yang terbesar di Asia terletak di sini, anda mungkin tidak mahu meninggalkannya. Di sini banyak terdapat anak patung, robot, permainan catur dan permainan pendidikan yang sesuai untuk seisi keluarga!

- Elemen

Menempatkan barangan mewah dunia fesyen, restoran, pawagam seni dan bilik bayi yang pernah memenangi anugerah, selain akses mudah ke MTR dan lapangan terbang. Apabila anda selesai membeli-belah, pastikan untuk meninjau di dek pemerhatian sky100 Hong Kong untuk pemandangan bandar berkenaan.

- Lee Gardens Two

Kids World di Lee Gardens Two adalah alam fantasi untuk ibu bapa! Di sini anda akan menemui pelbagai jenis barangan berjenama untuk kanak-kanak, termasuk Dior untuk bayi, Burberry untuk kanak-kanak, Gucci (kanak-kanak) dan Ralph Lauren (kanak-kanak) dan Mothercare yang terbesar di sini. Garden Kids Salon pula memenuhi citarasa eksklusif kepada anak-anak daripada pelbagai peringkat usia.

Book Castle pula menyediakan pelbagai kualiti buku bahasa Inggeris dan mainan pendidikan untuk bayi, kanak-kanak dan remaja.Di sini ibu bapa boleh mencari destinasi membeli-belah khusus untuk memenuhi keperluan anak-anak.

- Tai Yuen Street

Hong Kong mempunyai banyak jalan yang mempunyai kedai menjual satu jenis produk. Tai Yuen Street di Wan Chai pasti terbaik untuk anak-anak dan remaja kerana ia pakar dalam bidang permainan! Dikenali sebagai Toy Street, anda boleh mencari segala-galanya di sini daripada koleksi edisi terhad hinggalah kepada barangan harga rendah yang popular.

- Ladies Market dan Sneaker Street

Ladies Market (di Tung Choi Street) dan Sneakers Street (di Fa Yuen Street) adalah tempat yang menyeronokkan untuk dilawati dan membeli-belah. Gerai-gerai di luar Ladies Street di Mong Kok menawarkan pakaian lelaki dan wanita dengan harga berpatutan (anda mungkin boleh mencari beberapa pasang pakaian ala kung-fu di sini).

Sneakers Street di Mong Kok pula menampilkan deretan kedai pakaian sukan dengan pelbagai fesyen, terutama kasut.

- Outlets Citygate Mall

Ia adalah pusat outlet terbesar di Hong Kong. Mempunyai lebih daripada 80 jenama antarabangsa yang menawarkan diskaun sepanjang tahun bermula daripada 30 hingga 70 peratus. Kategori kedai termasuklah fesyen berjenama, aksesori, sukan, pakaian anak-anak, kecantikan dan aksesori rumah.

Outlets Citygate menempatkan 16 gerai makanan dan minuman dan kemudahan hiburan seperti pawagam dan spa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang: DiscoverHongKong.com/my?

Berita Harian X