Isnin, 11 Ogos 2014 | 6:09pm
Pegawai Penguatkuasa PPSPPA Wilayah Persekutuan, Azry Osman (dua dari kiri) bersama anggota penguatkuasa PPSPPA ketika kerja pembersihan pada Ops Longkang di Lucky Garden, Bangsar. - Foto Azmaidi Abidin
Pekerja membersihkan longkang pada Ops Longkang di Lucky Garden, Bangsar. - Foto Azmaidi Abidin

Premis perniagaan tak kisah longkang kotor

Meskipun sudah tujuh tahun Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) diwartakan, permasalahan berkaitan longkang dan sampah-sarap terus berlaku. Mengapa ini berlaku? Ikuti siri pertama kupasan wartawan BH, FAIRUZ ZAIDAN mengenai isu berkenaan.

Kuala Lumpur: Sudah tujuh tahun Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) diwartakan, namun kekotoran akibat sisa makanan dan minyak yang sengaja dibuang di dalam longkang, berterusan.

Mereka yang melakukan kesalahan juga langsung tidak takut dikenakan tindakan walaupun undang-undang dan peraturan ada kerana berasa kebal.

Kejar untung

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dipertanggungjawabkan seolah-olah mengambil sikap lepas tangan terutama dalam aspek pengurusan longkang dan sampah.

Malah, Seksyen 71 mengikut akta sama, tidak dikuatkuasakan sepenuhnya bagi menghukum pesalah ingkar daripada terus membuang sampah dan sisa ke dalam longkang.

Berita Harian X