Selasa, 24 Februari 2015 | 3:53pm

Dokumen penyelesaian hutang Khalid, mahkamah tolak permohonan PKR


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Foto fail NSTP/Roslin Mat Tahir

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini pagi tadi menolak permohonan PKR supaya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan dokumen membabitkan penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan itu selepas mahkamah mendapati ia tiada merit.

Pada 18 Ogos tahun lalu, Abdul Khalid, melalui Tetuan BON memfailkan saman terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung PKR membabitkan tujuh pernyataan fitnah dalam laporan 'Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor' bertarikh 3 Ogos 2014.

Bagaimanapun, pada 9 Januari lalu, PKR memfailkan notis permohonan untuk mendapatkan dokumen penyelesaian berkenaan.

Berita Harian X