Jumaat, 13 Februari 2015 | 8:19pm

PNB, Rahim & Co bincang jalin kerjasama strategik

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Rahim & Co Chartered Surveyors Sdn Bhd (Rahim & Co) mula berbincang untuk menjalin kerjasama dan perkongsian strategik.

PNB, sebagai antara pengurus aset terbesar negara dengan pegangan pasaran dan pemilikan besar dalam sektor hartanah, boleh menyumbang dalam merealisasikan aspirasi Rahim & Co untuk menjadi jaguh serantau dalam industri perkhidmatan hartanah.

Rahim & Co, sebagai firma perunding hartanah terkemuka yang mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman di dalam bidang perkhidmatan hartanah, berharap dapat menyumbang kepakarannya dalam meningkatkan prestasi dan kualiti aset serta pengembangan keseluruhan portfolio hartanah PNB.

PNB adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan kepentingan portfolio dipelbagaikan termasuk pengurusan aset, unit amanah, amanah harta institusi dan pengurusan hartanah.

PNB adalah juga pemilik syarikat pengurusan unit amanah terbesar negara antaranya Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan Amanah Mutual Berhad (AMB"). PNB kini mengurus aset bernilai RM274 bilion.

Berita Harian X