Rabu, 11 Februari 2015 | 11:22am
KEADAAN di kawasan Kampung Sinar Budi dinaiki air disebabkan hujan berterusan sejak jam 2 pagi di Kuching. - Foto Mohd Roji Kawi
KEADAAN di kawasan Kampung Sinar Budi dinaiki air disebabkan hujan berterusan sejak jam 2 pagi di Kuching. - Foto Mohd Roji Kawi

Beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat

KUCHING: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di bandaraya ini dilanda banjir kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata antara kawasan yang terjejas teruk setakat ini ialah Kampung Sinar Budi, Batu Kawa dan Kampung Simpok, Padawan.

"Setakat ini tiada pemindahan di dua kampung ini. Banjir kilat mula berlaku jam 4 pagi tadi dengan beberapa kawasan mula surut.

"Bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan kerana hujan masih berterusan dengan beberapa tempat rendah terus dinaiki air," katanya.

Setakat jam 8.40 pagi tadi hanya lima keluarga di Jalan Demak, Petra Jaya berpindah ke rumah saudara berhampiran.

Berita Harian X