Isnin, 2 Februari 2015 | 9:51am
ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Sarawak (JPAM) membantu mangsa banjir ketika beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir semalam. - Foto NSTP

Mangsa banjir di Sarawak bertambah

KUCHING: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini bertambah kepada 389 orang pagi ini.

Di Bahagian Betong, jurucakap Bilik Gerakan Bencana Banjir Bahagian Betong, Shirala Kay memberitahu, seramai 70 mangsa daripada 18 keluarga kini ditempatkan di Dewan Panglima Rentap, 75 mangsa dari lapan keluarga di Rumah Henry Lubok Bangsa, Ulu Krian dan seramai 126 mangsa dipindahkan ke Dewan Perpaduan Debak.

Manakala di Bahagian Sarikei, petugas di Bilik Gerakan Banjir di Pejabat Daerah Pakan, Donny Bang berkata 53 mangsa daripada 16 keluarga dari Rumah Jabang, Rumah Japong, Rumah Embas dan Nanga Wak telah dipindahkan ke Dewan Masyarakat Pakan.

Sementara di Sri Aman, seramai 45 mangsa dari 15 keluarga telah dipindahkan ke Balai Raya Skim Skrang, Engkilili. - BERNAMA

Berita Harian X