Sabtu, 31 Januari 2015 | 8:22am
ASKAR Chad berkawal di sempadan Nigeria dan Cameroon. - Foto AP

3 askar Chad, 123 militan Boko Haram maut di Cameroon

N'DJAMENA: Tiga askar dan 123 anggota Boko Haram terbunuh apabila kumpulan militan itu menyerang pasukan tentera Chad di utara Cameroon.

Menurut kenyataan tentera Chad, 12 askar turut tercedera dalam serangan oleh kumpulan militan itu kelmarin dan semalam di wilayah Fotokol.

Tentera Chad mengerahkan konvoi askar dan 400 kenderaan ke Cameroon bagi menangani ancaman Boko Haram di rantau itu. - AFP

Berita Harian X