Selasa, 20 Januari 2015 | 4:10pm
SEKUMPULAN 73 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Siang dipindahkan ke Dewan Masyarakat Trusan sebagai langkah keselamatan menghadapi banjir di kawasan terbabit. - Foto Ihsan Bomba

14 sekolah terjejas akibat banjir di tiga daerah Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 14 sekolah termasuk 13 sekolah rendah terjejas akibat banjir yang berlaku di Beaufort, Papar dan Tenom, hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 sekolah termasuk sebuah sekolah menengah di Beaufort dan Papar ditutup kerana kawasan sekolah mengalami banjir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, berkata seramai 2,982 murid dan pelajar serta 306 guru terjejas akibat banjir.

"Ini membabitkan 2,399 murid sekolah rendah dari 13 sekolah dan 583 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Beaufort iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut.

"Sekolah yang ditutup akan menggantikan hari persekolahan pada hari Sabtu," katanya dalam kenyataanya di sini semalam.

Sementara itu, seramai 18 mangsa di Beaufort dan Membakut dipindahkan akibat banjir berikutan limpahan air Sungai Membakut dan Sungai Padas, pagi tadi.

Berita Harian X