Isnin, 19 Januari 2015 | 9:07am
WARGA asing menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di Juru. - Foto NSTP

'Masa sesuai untuk bertindak'

SUSULAN BH BONGKAR PENDATANG JADI TAUKE

KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas membabitkan semua agensi berkaitan pelesenan perniagaan dan hal warga asing perlu ditubuhkan segera bagi menangani isu dominasi pendatang asing dalam sektor perniagaan di negara ini.

Selain untuk memastikan peniaga tempatan mendapat hak sepatutnya, pasukan khas itu juga penting dalam menggerakkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu.

Ini berikutan ketika ini tiada agensi khusus yang bertanggungjawab untuk memeriksa dan mengambil tindakan terhadap kegiatan 'mengalibabakan' lesen perniagaan oleh peniaga tempatan kepada warga asing.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Berita Harian X