Ahad, 18 Januari 2015 | 8:18am
150 lot kedai di Arked Niaga, Padang Besar dikuasai warga Thailand. - Foto NSTP
150 lot kedai di Arked Niaga, Padang Besar dikuasai warga Thailand. - Foto NSTP

Peniaga asing perdaya operasi penguatkuasaan

SUSULAN BH BONGKAR PENDATANG JADI TAUKE


150 lot kedai di Arked Niaga, Padang Besar dikuasai warga Thailand. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca warga asing mudah memonopoli beberapa sektor perniagaan, sekali gus menguasai lokasi yang dulunya dikuasai warga tempatan.

Menyifatkan isu peniaga warga asing ini sebagai isu lama yang semakin kronik, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Selangor, Ismail Sulaiman, berkata banyak pihak sudah muak dengan senario ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) terlalu lembap.

"Umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, begitulah nasib peniaga kita kerana dihimpit peniaga luar dan secara tak langsung mengecilkan peluang perniagaan orang kita.

"Masalahnya bermula dari kementerian yang terbabit hinggalah ke peringkat PBT, penguatkuasaannya ala kadar dan tidak serius.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Berita Harian X