Selasa, 20 Jun 2017 | 10:28pm

Pengarah Urusan, Pengerusi Malakoff letak jawatan


Pengarah Urusan Malakoff Corporation Bhd, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid. - Foto NSTP/Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Malakoff Corporation Bhd, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2017.

Pengeluar tenaga bebas itu juga mengumumkan Tan Sri Syed Zainol Anwar Syed Putra Jamalullail meletak jawatan sebagai pengerusi bebas berkuat kuasa hari ini.

Malakoff berkata, Datuk Hasni Harun dilantik sebagai Pengerusi baharu.

Ia berkata, Azhar, 56, meletak jawatan disebabkan faktor peribadi dan profesional.

Beliau dilantik sebagai pengarah urusan kumpulan syarikat pada 1 Mei 2016.

Bagi Syed Zainol Anwar, 65, beliau ketika ini adalah Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, Nestle (Malaysia) Bhd, Cahya Mata Sarawak Bhd dan Lembaga Zakat Selangor.

Malakoff berkata, Hasni ketika ini adalah Pengerusi Gas Malaysia Bhd dan Pengarah Permodalan Felcra Sdn Bhd.

Berita Harian X