Selasa, 13 Jun 2017 | 8:51pm

Nilai jualan perdagangan borong, runcit naik 9.6 peratus

KUALA LUMPUR: Nilai jualan perdagangan borong dan runcit pada April 2017 meningkat 9.6 peratus kepada RM92.8 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, nilai jualan itu merangkumi perdagangan borong naik 8.6 peratus kepada RM45.2 bilion), perdagangan runcit (naik 12.9 peratus kepada RM36.3 bilion) dan kenderaan bermotor (naik 4.0 peratus kepada RM11.4 bilion).

Bagaimanapun, bagi bulan ke bulan, nilai jualan bagi perniagaan ini merosot 3.8 peratus berbanding bulan sebelumnya, perdagangan runcit jatuh 3.6 peratus dan kenderaan bermotor susut 11.8 peratus.

"Indeks volum perdagangan borong dan runcit meningkat 7.3 peratus kepada 150.2 mata pada April 2017 tahun ke tahun, disokong oleh kenaikan dalam perdagangan runcit (10 peratus), kenderaan bermotor (2.5 peratus) dan perdagangan borong (6.1 peratus).

"Indeks volum pelarasan bermusim perdagangan borong dan runcit jatuh 0.9 peratus berbanding bulan sebelumnya," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X