Ahad, 11 Jun 2017 | 7:00am

Kawasaki Ninja Shop dibuka di Kedah


BIKERS Gallery Kawasaki Ninja Shop menjadi cawangan terbesar jenama Kawasaki di Malaysia.

KAWASAKI Motors Malaysia Sdn Bhd (Kawasaki), pemegang francais dan pengimport tunggal motosikal Kawasaki di Malaysia membuka cawangan terbesarnya di negara ini "Bikers Gallery Kawasaki Ninja Shop' di Alor Setar, baru-baru ini.

Galeri berkonsepkan Kawasaki Ninja Shop dengan keluasan 33,000 kaki persegi itu adalah kedai konsep terbesar di Malaysia.

Ia yang turut menempatkan Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (KESC) itu bakal menjadi salah satu mercu tanda, tarikan dan persinggahan peminat motosikal khususnya di utara Malaysia.

Kawasaki Ninja Shop adalah sebuah kedai yang didedikasi untuk mempromosi motosikal jenama Kawasaki dan menjadi kedai konsep yang direka khas untuk meningkatkan tahap jenama Kawasaki yang mempamerkan pelbagai jenis motosikal Kawasaki dari kategori Street, Sport, Super Sport, Scrambler dan Touring.

Antara model Kawasaki yang terkini dipamerkan ialah Kawasaki Z650 ABS, Ninja 650 ABS, Kawasaki Z900 ABS dan Kawasaki Versys-X 250 yang baharu dilancarkan awal tahun ini.

Bikers Gallery dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama Pengerusi Eksekutif Kawasaki, Ahmad Faez Yahaya dan Pengurus Besar dan Pengarah Kawasaki, Datuk Jeffrey Lim.

Selain dari itu, Bikers Gallery juga mempamerkan pelbagai aksesori dan kelengkapan penunggang dan motosikal untuk jualan kepada pelanggan.

Dengan berbagai kemudahan yang disediakan, ia memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat dan membeli motosikal Kawasaki dan produk yang berkaitan di bawah satu bumbung sekali gus mencetuskan pengalaman berbeza.

"Kawasaki merasa bangga untuk bekerjasama dengan Bikers Gallery dalam meningkatkan imej industri permotoran di Kedah serta menyahut cabaran membuka Bikers Gallery Ninja Shop yang terbesar dan pertama di utara semenanjung Malaysia.

"Kawasaki Motors Malaysia akan terus komited untuk menaik taraf, prestasi serta kualiti Ninja Shop dari masa ke semasa," kata Ahmad Faez.

Ahmad Faez berkata, perkhidmatan selepas jualan adalah satu perkara yang amat penting untuk setiap pembelian motosikal. Kami akan pastikan bahawa Kawasaki Ninja Shop dilengkapi KESC yang memberi keperluan perkhidmatan selepas jualan seperti servis dan pembaikan motosikal serta jualan alat ganti yang setanding dengan pusat servis automotif.

"Kakitangan KESC juga dilatih dan diterapkan dengan pengetahuan pembaikan model Kawasaki untuk memastikan pemilik motosikal Kawasaki kami mendapat perkhidmatan yang terbaik.

"Oleh itu, dengan adanya Pusat Servis Eksklusif Kawasaki ini, pelanggan tidak lagi perlu risau mengenai servis kualiti, tenaga kerja yang terlatih serta ketulenan alat ganti kerana semuanya terdapat di sini," jelasnya.

Info:
Bikers Gallery Kawasaki Ninja Shop

  • Alor Setar, Kedah
  • 33,000 kaki persegi
  • Kedai konsep Kawasaki terbesar di Malaysia
Berita Harian X