Khamis, 8 Jun 2017 | 9:16am

Niaga hadapan minyak mentah naik

TOKYO: Niaga hadapan minyak mentah naik dalam dagangan awal Asia hari ini selepas mengalami kemerosotan pada sesi sebelumnya, susulan data rasmi menunjukkan peningkatan inventori Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali dalam tempoh 10 minggu ini.

Niaga hadapan minyak mentah AS naik 24 cents, atau 0.5 peratus kepada AS$45.98 setong pada 0026 GMT.

Semalam, ia ditutup rendah lima peratus, atau AS$2.47 a setong, terendah sejak 4 Mei.

Minyak mentah Brent pula meningkat 29 cents, atau 0.6 peratus kepada AS$48.35 setong, selepas merosot empat peratus dalam sesi sebelumnya.

Stok minyak mentah AS dan petrol menunjukkan peningkatan luar jangkaan minggu lalu, susulan data rasmi merekodkan penyusutan penapisan dan eksport.

Inventori minyak mentah meningkat sebanyak 3.3 juta tong bagi minggu berakhir 2 Jun, berbanding jangkaan penurunan 3.5 juta tong, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga.

Ia adalah kenaikan pertama seumpamanya dalam tempoh 10 minggu.

- Reuters

Berita Harian X