Selasa, 6 Jun 2017 | 1:16am

India berjaya lancar roket buatan sendiri

NEW DELHI: India berjaya melancarkan roket buatan sendiri yang terkuat setakat ini, satu lagi pencapaian besar program angkasanya yang bermatlamat menghantar manusia ke orbit suatu hari nanti.

Roket sepanjang 43 meter itu berlepas pada jam 5.28 petang waktu tempatan, semalam dari Pulau Sriharikota, satu daripada dua tapak digunakan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) sebagai lokasi pelancaran.

Sekumpulan saintis saling berpelukan dan berteriak keriangan ketika roket seberat 640 tan itu berlepas.

"Misi GSLV - MKIII D1/GSAT-19 ini membawa India ke takuk baharu keupayaan program angkasa dan satelit," kata Perdana Menteri Narendra Modi menerusi akaun Twitternya.

"Negara ini amat berbangga," kata Modi. AFP

Berita Harian X