Isnin, 29 Mei 2017 | 7:31am

ExxonMobil, Nasim meterai perjanjian bekal minyak pelincir


SAMSON Anand (kanan) dan Pajaree menunjukkan produk pelincir Mobil selepas majlis memeterai perjanjian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SYARIKAT pengedar ExxonMobil, Mobilub Trading Sdn Bhd memeterai perjanjian tiga tahun bersama, Nasim Sdn Bhd, pengedar sah kenderaan Peugeot di Malaysia.

Menerusi perjanjian itu, Mobilub akan membekalkan minyak pelincir jenama Mobil kepada 35 cawangan Peugeot di seluruh negara.

Kerjasama itu membuktikan komitmen kedua-dua entiti bagi menawarkan produk berkualiti, terbaik dan berinovasi kepada pelanggannya di Malaysia, sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai jenama terkemuka dunia dalam industri automotif.

"Kami berjaya menjadikan Peugeot sebagai jenama Perancis paling laris di Malaysia dan kami menyediakan pelanggan perkhidmatan selepas jualan dan penyelesaian terbaik.

"Minyak pelincir Mobil adalah pilihan yang disyorkan kepada pemilik Peugeot yang mahu memberi perlindungan kepada enjin tanpa berkompromi terhadap prestasi kenderaan mereka," kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif Naza Corporation Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George.

Sementara itu, Pengurus Jualan Asia Tenggara ExxonMobil Asia Pacific Pte Ltd, Pajaree Meekangvan berkata kerjasama itu adalah permulaan bagi strategi jenama bersama kukuh dalam industri automotif Malaysia.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan Nasim untuk mewujudkan aktiviti dan inisiatif bagi meningkatkan jenama kami di Malaysia.

"Di ExxonMobil, kami amat komited untuk menyediakan penyelesaian pelincir terbaik kepada pemilik kereta bagi memacu prestasi tinggi dan jangka hayat enjin yang terbukti," katanya.

Pengarah Eksekutif Mobilub Trading Sdn Bhd, Abdul Rahman Rashid berkata, Mobilub sudah bekerjasama dengan Nasim sejak dua tahun lalu.

"Ini adalah peluang terbaik kepada kami untuk terus membina kerjasama dan hubungan yang menakjubkan dengan Nasim dan pelanggan mereka," katanya.

Info:

Nasim Sdn Bhd adalah pengedar rasmi Automobiles Peugeot di Malaysia

Berita Harian X