Jumaat, 26 Mei 2017 | 9:23pm

YTL REIT beli Hotel Majestic KL pada RM380j


MAJESTIC Hotel Kuala Lumpur. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Pintar Projek Sdn Bhd yang juga pengurus YTL Hospitality REIT (YTL REIT), memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan YTL Majestic Hotel Sdn Bhd membabitkan pembelian Hotel Majestic Kuala Lumpur pada harga RM380 juta.

YTL Majestic adalah anak syarikat tidak langsung YTL Corporation Bhd. Maybank Trustees Bhd selaku pemegang amanah YTL REIT akan melaksanakan sub-pajakan hartanah itu kepada YTL Majestic Hotel sejurus selesainya cadangan pembelian di bawah perjanjian subpajakan selama 15 tahun.

"Ini termasuk pilihan memberi vendor memperbaharui lanjutan tempoh seterusnya selama 15 tahun," kata YTL REIT dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kemudahan sub-pajakan itu membolehkan YTL REIT menikmati aliran pendapatan yang stabil dan terjamin selain dijangka meningkatkan pendapatan boleh agih amanah serta pengagihan seunit pada masa depan. - BERNAMA

Berita Harian X