Selasa, 16 Mei 2017 | 4:16pm

Cuti tanpa rekod sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai


MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor (tiga dari kiri) dan pemimpin lain melakukan upacara simbolik dengan menuai padi pada Majlis Perayaan Pesta Kaamatan peringkat Tuaran. - Foto Recqueal Raimi

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa tahun ini, pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung, dibenarkan mengambil satu hari cuti tanpa rekod untuk menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Seiring konsep merakyatkan perkhidmatan awam dan 1Malaysia, adalah diharapkan cuti berkenaan memberi ruang kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung meraikan sambutan bersama keluarga khususnya dan warga Sabah dan Sarawak amnya," menurut kenyataan itu.

Pesta Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei manakala Hari Gawai jatuh pada 1 dan 2 Jun. - BERNAMA

Berita Harian X