Khamis, 11 Mei 2017 | 12:52pm
MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, di pinggir Sungai Tembeling dalam Taman Negara Kuala Tahan mengikuti Klinik UPSR anjuran BH.

BH anjur Seminar percuma di pinggir Sungai Tembeling

MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, di pinggir Sungai Tembeling dalam Taman Negara Kuala Tahan mengikuti Klinik UPSR anjuran BH.

JERANTUT: BH meneruskan tanggungjawab sosial korporat menerusi Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik percuma bersempena dengan sambutan BH 60 Tahun.

Program hari ini yang disertai seramai 12 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, di pinggir Sungai Tembeling dalam Taman Negara Kuala Tahan.

Guru Besar SK Kampung Pagi, Ahmad Marzuki Mohamad, berkata beliau sangat gembira dengan kehadiran rombongan BH yang diketuai Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jaafar.

Katanya, murid-murid SK Kampung Pagi kurang mendapat pendedahan daripada guru berpengalaman berbanding murid di bandar.

Beliau berkata, Klinik UPSR BH Didik sangat baik kerana murid-muridnya mempelajari teknik menjawab soalan secara tepat.

"Saya berharap dengan adanya program tambahan ini dapat membantu meningkatkan prestasi UPSR sekolah pada tahun ini," katanya ketika ditemui BH, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Saruchi Sawal dan Pegawai School Improvement Partners Plus (SIP+), Dr Mohamad Azhar Mat Ali.

Klinik UPSR BH Didik itu disertai oleh enam murid Tahun Enam dan masing-masing tiga murid Tahun Lima dan Empat.

SK Kampung Pagi adalah sekolah kurang murid dengan hanya 37 murid Tahun Satu hingga Enam dan 13 guru.

Bersempena dengan sambutan 60 Tahun BH, Klinik UPSR BH Didik dianjurkan di SK Kuala Tahan, SK Kuala Sat dan SK Ulu Tembeling bermula semalam hingga Sabtu ini.

BH juga menganjurkan Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara percuma di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (TAHAP).

Berita Harian X