Rabu, 10 Mei 2017 | 4:34pm

Sime Darby tawar promosi 1,000 unit rumah


Sime Darby Property melancarkan Quarza Residence.

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property menawarkan pembeli rumah pertama dan pelanggan setianya memiliki rumah idaman di beberapa hartanah yang dilancarkan baru-baru ini di perbandaran sekitar Lembah Klang serta Negeri Sembilan.

Pelanggan yang membeli hartanah terpilih itu layak mendapat rebat RM10,000 daripada bayaran muka 10 peratus, selain makan malam keluarga untuk 10 tetamu di TPC Kuala Lumpur.

Promosi istimewa itu bermula sekarang hingga 31 Julai ini.

Ia membabitkan hartanah di perbandaran Sime Darby Property termasuk City of Elmina, Ara Damansara, KL East, Taman Melawati, Bandar Bukit Raja serta di luar Lembah Klang seperti Bandar Ainsdale dan Nilai Impian.

Di City of Elmina, promosi khas itu merangkumi rumah berangkai dua tingkat Elmina Valley 1 (20' x 60') dengan harga bermula daripada RM596,888; rumah berangkai dua tingkat Elmina Valley 2 (20' x 70') bermula daripada RM775,888 bagi jenis EV2A; dan bermula daripada RM655,888 bagi jenis EV2B.

Ia juga meliputi rumah berangkai dua tingkat Elmina Valley 3 (24' x 75') bermula daripada RM930,888 bagi jenis EV3A dan bermula RM809,888 bagi jenis EV3B; rumah berangkai dua tingkat Elmina Valley 4 (22' x 75') bermula daripada RM788,888 - jenis EV4A dan bermula RM813,888 - jenis EV4B serta rumah berkembar dua tingkat Tiana (90' x 55') bermula daripada RM2.008 juta.

Produk lain termasuk rumah berangkai dua tingkat Persada (20' x 70') di Bandar Bukit Raja bermula daripada RM658,888; pangsapuri servis Cantara Residences di Ara Damansara bermula daripada RM555,888; pangsapuri Quarza Residence di KL East bermula daripada RM554,888; dan pangsapuri servis SERINI di Melawati bermula daripada RM536,888.

Di Negeri Sembilan, ia membabitkan rumah berangkai dua tingkat Santai (22' x 75') bermula daripada RM611,888 dan pangsapuri Kiara Court di Nilai Impian bermula daripada RM307,888 serta rumah berangkai dua tingkat Azalea 2 (24' x 75') bermula daripada RM588,888.

Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Jauhari Hamidi, berkata sebagai pemaju yang tertumpu untuk membina dan meraikan komuniti, syarikat berbesar hati memperkenalkan promosi istimewa kepada semua bakal pembeli dan juga pelanggan setia.

Katanya, sejajar matlamat melunaskan jangkaan pelanggan sebagai teras kerja syarikat, Sime Darby Property memberikan satu lagi sebab untuk meraikan musim perayaan akan datang serta berharap dapat membawakan kegembiraan kepada mereka.

"Melalui promosi istimewa merangkumi kira-kira 1,000 unit kediaman ini, yang kebanyakannya mempunyai harga jualan di bawah RM1 juta, kami berharap dapat memberikan peluang pelaburan serta peluang memiliki rumah berkualiti," katanya.

Berita Harian X