Selasa, 25 April 2017 | 7:45am

Elton John hidapi jangkitan maut ketika konsert jelajah

GAMBAR fail, penyanyi Elton John membuat persembahan di Kutipan Amal Victory Hillary "I'm With Her" konsert untuk calon Presiden Democratic AS, Hillary Clinton di Dewan Muzik Radio City di New York City pada Mac tahun lalu. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, penyanyi Elton John membuat persembahan di Kutipan Amal Victory Hillary "I'm With Her" konsert untuk calon Presiden Democratic AS, Hillary Clinton di Dewan Muzik Radio City di New York City pada Mac tahun lalu. - Foto REUTERS

LONDON: Ikon muzik pop British, Elton John, mengalami 'jangkitan berpotensi membawa maut', ketika mengadakan konsert jelajah, menyebabkan beliau dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi selama dua malam.

Keadaan itu juga memaksa penyanyi berkenaan membatalkan persembahannya.

Wakil syarikat perhubungan awam, Murray Chalmers, dalam satu kenyataan berkata pemuzik itu sakit teruk ketika dalam penerbangan dari ibu negara Chile, Santiago, lokasi konsert jelajah Amerika Latin berakhir beliau pada 10 April lalu.

Elton segera dikejarkan ke hospital, sebaik mendarat di Britain dan menjalani rawatan jangkitan bakteria yang jarang dilaporkan tetapi berbahaya, kata syarikat itu semalam.

"Selepas dua malam dalam unit rawatan rapi disusuli beberapa hari berada wad, Elton dibenarkan keluar Sabtu lalu dan kini berehat di rumah atas arahan doktor.

"Jangkitan ini adalah jarang dan mungkin membawa maut," kata Murray Chalmers.

Bintang berusia 70 tahun itu dijangka pulih sepenuhnya, selepas konsert yang turut membawa Elton ke Brazil dan Argentina. - AFP

Berita Harian X