Khamis, 20 April 2017 | 7:53am
TANAH runtuh yang memusnahkan beberapa buah rumah di Manizales, Colombia.- Foto AP
AHLI Pertahanan Awam dan sukarelawan mencari dan menyelamat mangsa selepas kejadian tanah runtuh di Manizales. -Foto EPA
PEKERJA penyelamat mengeluarkan mayat seorang mangsa tanah runtuh di Manizales, Caldas, Colombia.- Foto EPA

17 maut tanah runtuh di Andes

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh, manakala tujuh yang lain hilang selepas tanah runtuh yang membawa lumpur dan batu, melanda beberapa kawasan di Manizales, Colombia, semalam.

Menurut pihak berkuasa, ia adalah kejadian bencana tanah runtuh maut kedua di negara itu.

Hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari, baru-baru ini mengancam penduduk di berpuluh-puluh bandar yang menempatkan kediaman sementara di lereng pergunungan Andes, sekali gus menjadikan kawasan itu terdedah pada runtuhan salji dan banjir.

Kejadian di ibu negeri kawasan penanaman kopi di wilayah Caldas dekat barat Bogota itu menyamai insiden di Mocoa, Putumayo, awal bulan ini, yang mengorbankan lebih 320 orang, manakala beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal.

"Kami membantu untuk mencari mereka yang hilang dan malangnya, jumlah itu meningkat," kata Presiden Juan Manuel Santos mengenai jumlah kematian terkini selepas tiba di Manizales.

Menurut agensi kerajaan, sekurang-kurangnya 57 rumah terjejas.

Media tempatan melaporkan, Manizales menerima purata hujan sebulan dalam kejadian itu, yang turun hanya dalam sekelip mata. - REUTERS

Berita Harian X