Jumaat, 14 April 2017 | 7:41pm

Nestle lancar perisa baharu La Cremeria


(Dari kiri) Pengurus Kanan Jenama La Cremeria, Nestle Ice Cream, Stacey Biagtan, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream, Yit Woon Lai, Kumpulan Media Manger Nestle Ice Cream, Jessica Lim dan Pengurus Pemasaran Pengguna Nesle Ice Cream, Farrah Salina Norman semasa melancarkan La Cremeria klasik Mint, di Zebra Square, Kuala Lumpur. - Foto Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan dan minuman, Nestle (Malaysia) Berhad, memperluaskan variasi segmen aiskrim di bawah jenamanya dengan memperkenalkan La Cremeria Classically Mint, hari ini.

 

Aiskrim berperisa pudina itu adalah yang keempat selepas perisa Absolutely Almond, Heavely Chocolate dan Delightfully Pecan bagi rangkaian aiskrim Nestle La Cremeria yang mula diperkenalkan pada tahun 2015.

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan (Unit Aiskrim) Nestle, Yit Woon Lai, berkata perisa baharu itu dicipta khas untuk golongan wanita moden dan pengguna lain yang inginkan sesuatu yang eksklusif ketika meluangkan waktu bersendirian.

 

"Fokus kami adalah golongan wanita dan pengguna yang mahukan sesuatu yang boleh mereka nikmati ketika bersendirian dan melupakan kesibukan kehidupan seharian.

 

"Sensasi dingin pudina dan lapisan rangup coklat premium mampu memberikan pengalaman deria rasa yang menakjubkan dalam setiap gigitan, sesuai slogannya - 'The World Can Wait'," katanya berucap melancarkan perisa itu di sini, hari ini. 

Yit Woon berkata, pelancaran perisa baharu itu bukti kekuatan jenama berkenaan yang mempunyai pengaruh besar dan sentiasa menjadi pilihan pengguna sejak diperkenalkan dua tahun lalu.

 "Keunikan jenama ini ialah, kami menyajikan keenakan lapisan coklat yang berkualiti premium dengan harga yang mampu dibeli pengguna.

"Kualiti produk dan jenama ini menjadikan La Cremeria sentiasa menjadi pilihan penggemar aiskrim tempatan," katanya.

Pada pelancaran itu turut diadakan sesi perbincangan mengenai kepentingan penjagaan diri dalam kalangan wanita berkerjaya bersama selebriti popular, Cheryl Samad; pelakon, Sara Lian; jurulatih gaya hidup, Sharmini Hensen dan Farrah Salina.

 

Perisa baharu La Cremeria ini dijangka dipasarkan dalam waktu terdekat.

Berita Harian X