Jumaat, 14 April 2017 | 10:43am

Brent naik tiga cent kepada AS$55.89 setong

NEW YORK: Harga minyak naik terus naik sedikit dalam minggu ini seiring jangkaan bekalan dan permintaan global yang semakin seimbang.

Namun demikian, peningkatan bilangan loji minyak di AS yang kembali beroperasi ketika ini dilihat bakal menjadi ancaman kepada keseimbangan penawaran dan permintaan yang bakal wujud.

Sehubungan itu, penganalisis pasaran tenaga CHS Hedging, Tony Headrick, berkata OPEC akan memantau perkara itu.

"OPEC memantau perkara ini dan bakal menjadi topik utama perbincangan mereka sama ada perlu melanjutkan lagi tempoh mengurangkan keluaran bagi menstabilkan harga," katanya.

Niaga hadapan kontrak penanda aras minyak mentah global, Brent North Sea naik tiga cent kepada AS$55.89 setong selepas mencecah paras tertinggi satu bulan pada Khamis.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate juga menokok tujuh cent kepada AS$53.18 setong. - Reuters

Berita Harian X