Rabu, 12 April 2017 | 10:43am

Kawasaki umum harga jualan Z900 ABS


PELANCARAN model baharu motosikal berkuasa tinggi Kawasaki di Hotel Sunway Resort Spa, awal tahun ini. - Foto Sairien Nafis

KAWASAKI Motors Malaysia mengumumkan harga jualan bagi Kawasaki Z900 ABS selepas melancarkan model itu awal tahun ini.  

Kawasaki Z900 ditawarkan dengan dua versi iaitu ABS Standard dan ABS Edisi Khas yang masing-masing dijual pada harga RM49,158 dan RM50,959. 

Kawasaki Z900 ABS ditawarkan dengan warna kelabu, manakala ABS Edisi Khas dengan warna biru. 

Berbeza dengan versi standard, Kawasaki Z900 ABS Edisi Khas ditawarkan dengan ciri tambahan iaitu pelindung tempat duduk tunggal, pelindung meter, 'DC Outlet', skrin radiator, 'Sliders', lingkaran pelindung enjin, gandar peluncur depan serta pad lutut dan tangki. 

Kedua-dua versi Kawasaki Z900 ABS boleh didapati di GT World, Ninja Shop dan pengedar sah premium Kawasaki mulai 8 April ini.

INFO:
Harga jualan termasuk GST

* Kawasaki Z900 ABS Standard RM49,158

* Kawasaki Z900 ABS Edisi Khas RM50,959

Berita Harian X