Ahad, 9 April 2017 | 8:00am

Edaran Setia Auto buka pusat pengedaran Ud Trucks baharu


SIMON (dua dari kiri) pada majlis memotong reben sempena perasmian pusat pengedaran UD Trucks, Kuantan.

EDARAN Setia Auto Sdn Bhd membuka pusat pengedaran UD Trucks baharu yang dibina di tapak seluas 0.40 hektar di Kuantan selepas dilantik sebagai pengedar jualan bagi jenama trak itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, pusat pengedaran itu terdiri daripada bilik pameran dan pejabat pentadbiran.

Pengarah Urusan Edaran Setia, Simon Chan Say Meng, berkata syarikat itu menyasar meliputi wilayah Pantai Timur dengan menumpukan kepada menyediakan perkhidmatan jualan terbaik kepada pelbagai industri.

"Kami juga gembira dapat membawakan rangkaian trak Quester 8L UD Trucks, yang diperkenalkan kepada pasaran pada Mei tahun lalu, ke wilayah ini dan berkongsi dengan pelanggan kami kelebihan trak terbabit," katanya.

Selain jualan, pusat pengedaran Edaran Setia Auto juga akan menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dan insurans; permohonan permit, pemeriksaan kenderaan, penyenggaraan, pembaikan dan khidmat mengecat, serta mendapatkan alat-alat ganti.

Syarikat itu berkata, pelanggan akan menikmati penyenggaraan percuma setahun bagi unit UD Quester mereka dan jaminan kenderaan dua tahun. - BERNAMA

Berita Harian X