Ahad, 2 April 2017 | 7:46am

Korban banjir lumpur Colombia meningkat 206 mangsa


TENTERA Colombia menyelamatkan kanak-kanak di Mocoa, Colombia selepas runtuhan air dari air bah yang melanda bandar di Mocoa. - Foto AP

BOGOTA, Colombia: Korban kejadian banjir lumpur meningkat 206 orang dan ratusan yang lain cedera atau hilang selepas kediaman mereka musnah, di selatan Colombia, lapor kumpulan Palang Merah, semalam.

Pegawai Palang Merah, Cesar Uruena memberitahu AFP, bencana alam itu setakat ini sudah mengorbankan 206 orang, mencederakan 202 orang dan 220 orang lain masih hilang.

Katanya, cuaca buruk yang melanda barat daya bandar Mocoa pada malam Jumaat lalu, meranapkan 25 kediaman.

AFP

Berita Harian X