Ahad, 2 April 2017 | 2:20am

TERKINI: Korban tanah runtuh di Colombia meningkat 112


HUJAN lebat menyebabkan air di beberapa sungai melimpah, memaksa bahan kekotoran mengalir masuk ke dalam bangunan dan jalan di wilayah sempadan Putumayo. - Foto AFP

BOGOTA: Angka korban dalam insiden tanah runtuh di bahagian selatan meningkat kepada 112 orang dengan 120 lagi dilaporkan cedera.

Hujan lebat menyebabkan air di beberapa sungai melimpah, memaksa bahan kekotoran mengalir masuk ke dalam bangunan dan jalan di wilayah sempadan Putumayo.

"Saya menerima laporan bahawa 112 orang terkorban," kata Presiden

Juan Manuel Santos selepas tiba di Mocoa dan mengisytiharkan darurat di kawasan dilanda bencana itu.

Polis berkata sejumlah 93 mayat sudah ditemui, semalam manakala unit penyelamat berkata 120 cedera.

"Kami menghantar sepasukan terdiri 150 orang untuk memberi tindak balas berkesan dan jentera memulakan kerja dengan segera," kata Ketua Unit Tindak Balas Bencana, Carlos Ivan Marquez menerusi satu kenyataan.

Rakaman video pula memaparkan visual penduduk mencari mangsa yang terselamat di celah-celah sisa runtuhan bangunan.

Datuk Bandar Mocoa, Jose Antonio Castro berkata, lokasi kejadian adalah kawasan yang sangat luas dan tanah runtuh itu memusnahkan sebahagian besar rumah di situ. - Reuters


ANGGOTA tentera membantu dalam misi pencarian mangsa yang terbabit dalam tanah runtuh di Putumayo. - Foto AFP

Berita Harian X