Sabtu, 1 April 2017 | 12:27pm

Belum ada notis tambah 13 kerusi DUN Sabah: Pandikar


AHLI Dewan Undangan Negeri Buntong, A Sivasubramaniam (dua kiri) menyerahkan kunci rumah rumah sewa baru kepada P Minache, 45, di Rumah Pangsa Taman Harmoni di Buntong. NSTP/Balqis Jazimah Zahari

KOTA KINABALU: Dewan Rakyat belum menerima notis berhubung pewartaan 13 kawasan baharu pilihan raya di Sabah untuk dibentangkan pada persidangan kali ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata setakat hari ini beliau belum menerima notis berkaitan perkara itu.

"Dewan Rakyat perlu meluluskan persempadanan baharu itu sebelum diwartakan tetapi setakat ini belum ada notis daripada kerajaan, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-24 Pertubuhan Bumis Bersatu Sabah (USBO), hari ini.

Persempadanan baharu itu membabitkan tambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada 60 kerusi sedia ada sudah diluluskan DUN Sabah pada persidangan Ogos tahun lalu.

Sebelum ini difahamkan, pembentangan untuk mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat dibuat pada sesi persidangan pertama tahun ini yang dijadualkan bermula 6 Mac lalu hingga 6 April ini.

Berita Harian X