Khamis, 30 March 2017 | 10:24am

Saham Asia meningkat

TOKYO: Saham Asia meningkat menghampiri paras tertingginya dalam tempoh dua tahun hari ini, sementara dolar Amerika Syarikat (AS) meraih manfaat daripada keredaan jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) akan menamatkan dasar pelonggarannya.

Indeks meluas saham Asia Pasifik, MSCI di luar Jepun meningkat 0.2 peratus pada awal dagangan.

Indeks Nikkei bagaimanapun jatuh 0.2 peratus, manakala saham Australia mengukuh, didorong oleh peningkatan dalam harga minyak.

Saham tenaga mengukuh membantu Indeks S&P 500 ditutup tinggi semalam.

Indeks dolar AS, yang menjejaki mata wang AS berbanding enam mata wang utama lain kukuh pada paras 100.030.

Ia meningkat ke paras tinggi dalam tempoh satu minggu semalaman selepas euro jatuh susulan kebimbangan mengenai impak Brexit dan berita bahawa pembuat dasar ECB berminat untuk memberi jaminan kepada pelabur bahawa dasar pelonggaran yang dilaksanakannya masih jauh lagi untuk berakhir.

Euro jatuh 0.1 peratus kepada AS$1.0752.

Pound naik sedikit kepada AS$1.2439 selepas jatuh ke paras rendah dalam tempoh seminggu pada paras AS$1.2377 semalam. - Reuters

Berita Harian X