Isnin, 27 March 2017 | 1:28am

Moto2: Hafizh, Khairul Idham tiada tuah di Qatar


HAFIZH Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi.

KUALA LUMPUR: Tiada keputusan membanggakan berjaya dilakar dua penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar, sebentar tadi.

Hafizh yang berlumba bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia terkeluar daripada perlumbaan lebih awal apabila terperangkap kemalangan pada pusingan pertama bersama Remy Gardner dan Mattia Pasini.

Khairul Idham yang beraksi bersama pasukan Honda Asia dan beraksi buat kali pertama dalam kelas Moto2 pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-28.

Perlumbaan dimenangi pelumba Itali, Franco Morbidelli dari pasukan EG 0,0 Marc VDS yang memulakan saingan di petak utama dengan catatan 40 minit 18.480 saat.

Pelumba Switzerland, Thomas Luth dari pasukan CarXpert Interwetten menamatkan perlumbaan di tangga kedua, ketinggalan 2.681s manakala rakan sepasukan Khairul Idham, Takaaki Nakagami melengkapkan kedudukan podium.

Sebagai rekod, Hafizh menamatkan perlumbaan di Qatar tahun lalu di kedudukan keempat.

Keputusan Moto2 GP Qatar

1. Franco Morbidelli (ITA) EG 0,0 Marc VDS, Kalex, 40:18.480 saat (s)

2. Thomas Luthi (SWI) CarXpert Interwetten, Kalex, +2.681s

3. Takaaki Nakagami (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia, Kalex, +3.304s

4. Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM Ajo, KTM, +3.584s

5. Alex Marquez (SPA) EG 0,0 Marc VDS, Kalex, +11.226s

6. Luca Marini (ITA) Forward Racing Team, Kalex, +13.747s

7. Fabio Quartararo (FRA) Pons HP40, Kalex, +13.988s

8. Lorenzo Baldassarri (ITA) Forward Racing Team, Kalex, +17.465s

9. Xavi Vierge (SPA) Tech 3 RacingTech 3, +17.477s

10. Axel Pons (SPA) RW Racing GPKalex, +17.767s

11. Dominique Aegerter (SWI) Kiefer Racing, Suter, +17.802s

12. Francesco Bagnaia (ITA) SKY Racing Team VR46, Kalex, +18.090s

13. Danny Kent (GBR) Kiefer Racing, Suter, +19.323s

14. Jesko Raffin (SWI) Garage Plus Interwetten, Kalex, +22.798s

15. Xavier Simeon (BEL) Tasca Racing Scuderia Moto2, Kalex, +24.009s

*Kedudukan 15 terbaik sahaja

Berita Harian X