Jumaat, 24 March 2017 | 10:54am
VELAR menampilkan sistem canggih untuk hiburan dikenali sebagai Touch Pro Duo.

Velar mercu tanda baharu Range Rover


BEKAS Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin pada sesi “Perbualan Bangunkan Negara bersama Tun Dr Daim Zainuddin” dengan tema "Kemiskinan di Malaysia: Realiti vs Persepsi" yang dianjurkan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

PENGENALAN Range Rover Velar, kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada pengeluar British, Land Rover mencetuskan sensasi baharu dalam pasaran SUV mewah dunia.

Diperkenalkan di Design Museum, London, Velar yang juga ahli keempat keluarga Range Rover selepas Evoque, Range Rover dan Range Rover Sport jelas menawarkan SUV mewah saiz pertengahan yang dimahukan oleh mereka yang mementingkan gaya, elegan dan teknologi terkini.

Menawarkan pelbagai teknologi dalam mesra pengguna, Velar menampilkan sistem canggih untuk hiburan dikenali sebagai Touch Pro Duo.

Digelar sebagai Blade oleh jurutera pembangunan, ia didatangkan dengan permukaan 'langsing' dan inovasi yang mencetuskan pengalaman teknologi dalam kereta yang lebih jelas dan memberikan pengalaman pemanduan yang sempurna.

Dihasilkan dengan Kejuruteraan Aluminium Ringan Jaguar Land Rover, ia menjadikan Velar lebih selamat, kuat dan bersih bersama-sama dengan teknologi termaju, reka bentuk menarik dan prestasi pemanduan yang dipertingkatkan.


TAMPIL dengan lima enjin pilihan, lebih elegan.

INOVASI terkini pencetus reka bentuk mewah, berkuasa.

Ketika diperkenalkan, Velar ditawarkan dengan lima enjin pilihan iaitu 180PS dan 240PS2.0-liter Ingenium Diesel 4-silinderyang hanya menghasilkan 142 gram/kilometer CO2 dan tork puncak 500Nm.

Selain itu, enjin 4-silinder termaju juga diperkenalkan yang menghasilkan 250PS dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6.7 saat. Enjin petrol 300PS Ingenium akan diperkenalkan pada akhir 2017.

Kepada mereka yang mahukan lebih kuasa, enjin petrol pengecas turbo 380PS 3.0-liter V6 Diesel ada dalam senarai di mana kuasanya mampu menghasilkan tork puncak 700Nm dan 0-100km/j dalam masa 5.7 saat sebelum mencecah pengehad kelajuan tertinggi elektronik 250km/j.

Range Rover Velar ditawarkan dengan empat spesifikasi iaitu Standard, S, SE dan HSE, selain pelanggan juga boleh memilih pakej luaran mewah dan berwarna hitam.


MENAWARKAN SUV mewah saiz pertengahan yang dimahukan oleh mereka yang mementingkan gaya, elegan.

DIHASILKAN dengan Kejuruteraan Aluminium Ringan Jaguar Land Rover, ia menjadikan Velar lebih selamat, kuat dan bersih.

Info:
Range Rover Velar

  • Diperkenalkan di Design Museum, London
  • Tawar lima varian enjin
  • Sistem hiburan tercanggih dan lampu depan super-slim matrix-laser LED
  • 13 warna dalaman iaitu Fuji White, Narvik Black, Yulong White, Indus Silver, Corris Grey, Santorini Black, Kaikoura Stone, Byron Blue, Firenze Red, Aruba, Silicon Silver, Carpathian Grey dan Flux Silver bagi First Edition
Berita Harian X