Rabu, 22 March 2017 | 2:04pm

Ragbi MSSM: Perak, T'gganu, S'gor ke separuh akhir

TAIPING: Pasukan Bawah 18 dan B-12 Perak, Terengganu dan Selangor masing-masing memastikan tempat ke separuh akhir kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2017.

Pasukan bawah 18 tuan rumah Perak, tampil dengan aksi garang apabila membaham Sabah 45-0 di suku akhir sebentar tadi.

Selangor pula mengetepikan juara bertahan Johor 15-7 manakala Terengganu menang tipis ke atas Kelantan 7-5. Turut mara Kedah yang mengatasi Negeri Sembilan 12-10.

Sementara dalam kategori B-12 yang berlangsung di padang Esplanade, Perak menumpaskan Melaka 51-22.

Terengganu mengecewakan Kedah 29-27 manakala Selangor menundukkan Pahang 40-31 dan Johor mengatasi Kedah 32-19.

Berita Harian X