Sabtu, 18 March 2017 | 1:20pm

Ragbi MSSM diubah ke Taiping

IPOH: Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2017 yang sepatutnya diadakan di Ipoh bermula esok, dipindahkan ke Taiping.

Tindakan itu dipercayai dilakukan berikutan gejala jangkitan Influenza A (H3) atau selsema bermusim di beberapa sekolah di daerah ini.

Menurut sumber, langkah itu diambil bagi mengelak pemain terkena jangkitan, lebih-lebih lagi pasukan akan menginap di asrama sekolah terbabit.

Sebanyak 14 pasukan masing-masing menyertai kejohanan kategori B 18 dan B12 tahun itu.

Kejohanan B-18 akan diadakan di tiga gelanggang iaitu SMK King Edward (KE), Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) dan SM Vokasional Taiping sementara B-12 di padang Esplanade. 

Sebelum ini, seramai 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh disahkan menghidap selsema bermusim itu.

Berita Harian X