Ahad, 12 March 2017 | 12:05am
TUJUAN Monkey School adalah untuk kanak-kanak menimba pengalaman dan mengamalkan kemahiran koordinasi seluruh badan dalam persekitaran yang menyeronokkan sambil menangani halangan dan cabaran. - Foto Zulaikha Zainuzman
BUAIAN gergasi yang boleh dinaiki 2 orang dengan ketinggian 15 meter. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA aktiviti yang mencabar ialah permainan Monkey Business juga jadi tarikan utama dan mempunyai tiga peringkat yang berlainan ketinggian. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA aktiviti yang mencabar ialah permainan Gecko Tower yang sering menjadi pilihan pengunjung di Taman Tema Escape. - Foto Zulaikha Zainuzman
PENGUNJUNG dapat menikmati keseronokan menuruni bukit dengan pelampung getah secara berseorangan atau berkumpulan. - Foto Zulaikha Zainuzman
ANTARA aktiviti yang mencabar ialah permainan Monkey Business juga jadi tarikan utama dan mempunyai tiga peringkat yang berlainan ketinggian. - Foto Zulaikha Zainuzman

Destinasi aktiviti lasak di Taman Tema Escape


ANTARA aktiviti yang mencabar ialah permainan Monkey Business. - Foto Zulaikha Zainuzman

TAMAN Tema Escape di Teluk Bahang menjadi satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang sukakan aktiviti luar dan mahu mencabar ketahanan fizikal.

Taman seluas 2.8 hektar ini boleh syurga kepada peminat sukan ektrem.

Penolong Pengurus Rekreasi, Helmi Abdul Hamid, berkata tarikan utama taman yang mula beroperasi sejak November 2012 itu, adalah persekitaran semula jadinya yang mampu merangsang minda dan tubuh pengunjung.

Selain berkonsepkan cabaran, ditawarkan juga permainan tradisi bagi mengimbau keseronokan zaman kanak-kanak.

"Taman Tema Escape menggabungkan permainan tradisional dan aktiviti moden masa kini. Pengunjung boleh cuba permainan seperti Monkey Business, Coco Limb, Gecko Tower, Atan's Leap, Jungle Swinger, Lying Lemur dan banyak lagi.

"Bagi permainan tradisional yang boleh dimainkan oleh pengunjung yang datang adalah sepak takraw, congkak dan galah panjang di kawasan yang dipanggil Skill Game Area," katanya.


HELMI menerangkan taman tema yang berkeluasan tujuh ekar yang menempatkan 23 aktiviti permainan yang berlainan mengikut peringkat umur di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman

PERMAINAN yang dinamakan 'jumping jack' juga menarik perhatian pengunjung dengan melompat sambil melakukan gaya 'back flip'. - Foto Zulaikha Zainuzman

Kemudahan perkhemahan disediakan

Helmi berkata, semua tarikan di taman ini sesuai untuk pengunjung semua peringkat umur, namun bagi sesetengah permainan, perlu dipantau dan diawasi oleh kakitangan Escape untuk memastikan keselamatan mereka.

Katanya, aktiviti yang sering menjadi pilihan ialah Flying Lemur iaitu pengunjung akan menikmati keseronokan meluncur merentasi pokok tinggi sambil menikmati pemandangan hijau sekitar taman tema ini.

"Selain itu, permainan Monkey Business juga adalah antara daya tarikan utama bagi taman tema ini," katanya.

Selain itu, terdapat kemudahan khas untuk kanak-kanak bermain pelbagai permainan secara percuma.

Pengunjung yang mahu merasai menginap di kawasan hutan, taman ini menawarkan aktiviti perkhemahan dengan semua peralatan disediakan kecuali barangan mentah sekiranya pengunjung mahu memasak sendiri.

Taman berkenaan beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga jam 6 petang.


PENGUNJUNG boleh bermalam di tapak Base Camp dan turut disediakan alatan perkhemahan mengikut pakej yang ditawarkan di Taman Tema Escape, Teluk Bahang, Pulau Pinang. - Foto Zulaikha Zainuzman

FAKTA NOMBOR

* 23 - Jenis permainan ditawarkan

* 15 km - Dari George Town

* RM83 - Bayaran masuk dewasa

* RM53 - Bayaran untuk kanak-kanak

Berita Harian X