Rabu, 8 March 2017 | 12:33pm

WONDA Extra Presso temui penggemar kopi

KUALA LUMPUR: WONDA Coffee, jenama kopi sedia diminum (RTD) menawarkan pengalaman baharu kepada pencinta kopi dengan memperkenalkan WONDA Extra Presso, varian terbaru dalam rangkaian produknya.

WONDA Extra Presso yang dirumus khas dengan lebih daripada 50 peratus biji kopi Arabica dibancuh sempurna untuk memberikan rasa kopi kuat dan berkrim yang menawarkan cita rasa tambahan kepada peminat kopi.

Minuman premium dalam tin 240 mililiter (ml) juga mengekalkan kualiti asli yang sinonim dengan jenama WONDA yang terkenal dengan 'rasa seperti baru dibru dan memancarkan aroma yang menyegarkan.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Etika Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan, berkata rakyat Malaysia sukakan kopi dan varian baharu yang diperkenalkan ini adalah bagi mereka yang mahukan kopi sebenar.

"Inilah sebabnya kami menghasilkan gabungan baharu yang kaya dengan rasa kopi.

"Bagi memperkenalkan varian baharu ke pasaran, banyak penyelidikan dan perhatian dilaksanakan hasil dari daripada maklum balas pelanggan, apa yang dimahukan untuk kopi dalam tin sempurna dan apa yang memenuhi cita rasa mereka.

"Permintaan kukuh untuk kopi dalam tin di pasaran dan kami mahu memastikan WONDA dapat memenuhi keperluan pelanggan menyaksikan kami menghasilkan kopi mengikut selera mereka."

Sempena pelancaran WONDA Extra Presso dan merangsang keseronokan penggemar kopi, Papan Iklan dispens WONDA ditempatkan di stesen LRT Masjid Jamek dan Wangsa Maju dari 7 hingga 9 Disember 2016.

Pencinta kopi berpeluang menikmati rasa WONDA Extra Presso sebelum ia dilancarkan, ia kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit di seluruh negara.

Info:

WONDA

* Dilancarkan di Malaysia Disember 2013

* Tawar perisa Original, Mocha, Latte dan Kopi Tarik

Berita Harian X