Rabu, 1 March 2017 | 10:59pm

Obama, Michelle tanda tangan perjanjian buku luar biasa


MICHELLE dan Obama. -Foto Reuters

WASHINGTON: Penerbit berpangkalan di New York, Penguin Random House berjaya memenangi kontrak yang menjadi rebutan industri buku, menghasilkan memoir bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Wanita Pertama, Michelle Obama.

"Syarikat memperoleh hak penerbitan dunia untuk dua buku yang akan ditulis oleh Obama dan isteri, " kata penerbit dalam kenyataan.

Syarat perjanjian itu tidak didedahkan tetapi bidaan dua buku berprofil tinggi mencecah AS$60 juta (RM267juta), jumlah yang direkodkan untuk memoir Presiden AS, berdasarkan Financial Times.

Perjanjian itu dirundingkan oleh peguam hebat Washington, Robert Barnett yang pernah mewakili bekas Presiden, George W Bush dan Bill Clinton.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian "syarikat akan memberikan sumbangan sebanyak sejuta buku di bawah nama keluarga Obama kepada First Book, " kata Penerbit Penguin.

Obama menghasilkan dua memoir dan satu buku kanak-kanak.

Beliau sering mengisytiharkan diri memiliki 'daya kepekaan pengarang' dan berkata sebelum ini bahawa tidak mahu menulis catatan konvensional mengenai tempohnya menduduki Rumah Putih.

Memoir Michelle juga akan menjadi karya yang ditunggu-tunggu.

Keturunan hamba, beliau menjadi Afrika-Amerika pertama yang bergelar Wanita Pertama dan memperoleh penarafan sokongan yang tinggi.

"Pihak kami berharap dapat bekerjasama dengan Presiden dan isteri untuk menjadikan buku mereka sebagai acara penerbitan global yang belum pernah berlaku sebelum ini serta signifikannya, " kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penguin Random House, Markus Dohle.

AFP

Berita Harian X