Rabu, 1 March 2017 | 9:05pm
ANGGOTA polis mengusung mayat dua beranak ditemui dalam keadaan berikat terdampar di Pantai Teluk Bahang berdekatan Taman Herba, Balik Pulau, petang tadi. - Foto Zulaikha Zainuzman

Mayat 2 beranak berikat ditemui di Pantai Teluk Bahang


ANGGOTA polis menyiasat mayat dua beranak yang ditemui dalam keadaan berikat terdampar di Pantai Teluk Bahang berdekatan Taman Herba, Balik Pulau, petang tadi. - Foto Zulaikha Zainuzman

BALIK PULAU: Mayat dua beranak ditemui dalam keadaan berikat terdampar di Pantai Teluk Bahang berdekatan Taman Herba dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.06 petang itu, mayat wanita berusia lingkungan 30-an dan anak perempuannya berusia belasan tahun ditemui orang ramai yang mengunjungi pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Anuar Omar, berkata hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mayat terbabit dipercayai mempunyai hubungan anak-beranak.

"Setakat ini polis masih belum mengenalpasti identiti kedua-dua mayat terbabit dan pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang barangan milik mangsa.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Berita Harian X