Rabu, 1 March 2017 | 11:47am

Wisma Mercedes-Benz bernilai RM74 juta dilancar

Dr Claus Weidner (tiga dari kiri) ketika Pelancaran Wisma Mercedes-Benz di Bandar Kinrara, Puchong. - Foto Rosela Ismail

PUCHONG: Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan ibu pejabat baharunya, Wisma Mercedes-Benz bersama-sama Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia di Bandar Kinrara di sini, pagi ini.

Kemudahan yang pertama seumpamanya di Malaysia itu dibangunkan dengan pelaburan RM74 juta dan akan menempatkan Mercedes-Benz Malaysia, Mercedes-Benz Services Malaysia, Daimler Tss GmbH dan Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner, berkata bahagian operasi pejabat akan menggunakan 53,000 kaki persegi daripada keseluruhan 118,000 kaki persegi kemudahan itu, manakala selebihnya 65,000 kaki persegi adalah bagi akademi latihannya.

Katanya, kemudahan baharu yang diakreditasi sebagai bangunan industri hijau pertama di Subang Jaya itu adalah inisiatif pelaburan kumpulan untuk menyokong aspirasi Malaysia mewujudkan hab kenderaan cekap tenaga (EEV), selain memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Berita Harian X