Jumaat, 17 Februari 2017 | 12:38pm

Nasim perkenalkan Peugeot 208 GTI


PEUGEOT 208 GTI. - Foto Ihsan Pautan.org

KUALA LUMPUR: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia, memperkenalkan Peugeot 208 GTi.

Model terbaru itu ditawarkan pada harga RM143,888 di atas jalan dan lengkap bersama insurans.

Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Putih Digital dan Merah Rogue, Peugeot 208GTi ditawarkan bersama jaminan Nasim selama lima tahun atau sehingga 120,000 kilometer yang mana dahulu, kata Nasim dalam satu kenyataannya.

Ketua Operasi Kumpulan Automotive, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, berkata 208 GTi sudah menjadi antara model paling laris di pasaran sejak ia diperkenalkan. - BERNAMA

Berita Harian X