Isnin, 6 Februari 2017 | 4:43pm

Toyota naikkan tinjauan keuntungan

TOKYO: Toyota Motor Corp menaikkan unjuran keuntungan setahun penuh syarikat itu sebanyak 9.7 peratus.

Ia susulan pengeluar kenderaan kedua terbesar dunia itu menjangka meraih manfaat daripada kelemahan nilai yen, selain usaha pengurangan kos yang turut membantu.

Syarikat automotif Jepun itu menjangka keuntungan bersih 1.7 trilion yen (AS$15.08 bilion) bagi tahun kewangan berakhir Mac, berbanding ramalan sebelum ini sebanyak 1.55 trilion yen.

Ia juga menyaksikan keuntungan operasi lebih tinggi sebanyak 1.85 trilion yen berbanding 1.7 trilion yen setakat November.

Penganalisis menjangka keuntungan bersih mencecah 1.721 trilion yen bagi tahun dikaji, dan keuntungan operasi pula pada 2.02 trilion yen.

Toyota tetap menjangka keuntungan setahun penuh akan susut berbanding rekod tertinggi 2.31 trilion yen yang dicatat dalam tahun kewangan sebelum ini.

Bagaimanapun, tinjauan semakin mengukuh berikutan jangkaan mata wang domestik akan mencatat purata sekitar 107 yen berbanding dolar AS dan 118 yen berbanding euro. - REUTERS

Berita Harian X